Friday, August 7, 2009

Bagaimana berlari lebih laju



Latihan Untuk Pelari Pecut

Secara Am

Kebiasaannya, pelari pecut adalah dilahirkan, tetapi latihan kerap perlu dilakukan untuk menyerlahkan ‘in-born quality’ ini.

Latihan pecut memerlukan konsentrasi pada perkara-perkara berikut:

a. Kekuatan (beban dan pliometrik)

b. Fleksibiliti

c. Panjang langkah(stride length) dan kadar kelajuan langkah(stride rate)

d. Pecutan

e. Teknik (gaya badan, relaksasi, drill)

f. Kelajuan

g. Daya tahan kelajuan

h. Masa reaksi dan starting

i. Daya tahan aerobik/ tempo (pada hari-hari masa pemulihan)

Setiap latihan memerlukan beberapa yang di atas tetapi dalam kombinasi yang betul. Contohnya, gerak kerja kelajuan atau teknik harus dilakukan sebelum aerobik stamina atau daya tahan kelajuan. Tubuh badan haruslah segar untuk melakukan gerak kerja kelajuan atau teknik.


Latihan kelajuan, daya tahan kelajuan dan tempo

Dalam pecutan 100m, alaktik (tanpa lactate) atau sistem tenaga phosphate membekalkan 70% daripada jumlah tenaga tetapi dalam usaha maksimum didalam 45 saat pembekalan phosphate hanyalah sekitar 10% berbanding 60% anaerobik glukosis (tanpa lactate). Penghasilan laktik boleh diminimakan dengan melakukan banyak latihan pecutan kurang daripada 7 saat.

Memandangkan pecutan adalah acara yang menggunakan sistem anaerobik glikosis dan alaktik, latihan selalunya termasuk larian kelajuan 60m atau kurang.

Satu aras tinggi kondisi anaerobik akan dapat menghasilkan daya tahan kelajuan dan toleransi terhadap asidosis. Beberapa kaedah efektif unuk membina sistem anaerobik ialah:

- Pickup Sprints

- Hollow Sprints

- Interval Sprints



Banyak lagi termasuk latihan bagi setiap konsentrasi yang di atas, termasuk jadual periodisasinya....

No comments:

Post a Comment