Friday, July 24, 2009

Perjalanan SK Methodist P Klang (MBS) sepanjang pertandingan KATMO bola jaring 2009.

Sebanyak hampir 40 sekolah mengambil bahagian. Semua sekolah dibahagikan kepada 6 kum.
Kumpulan A - F. MBS berada di dalam kumpulan F bersama 5 pasukan sekolah lain.
MBS menjadi johan kumpulan F dan seterusnya mara ke pusingan ke 2.

Pasukan layak ke pusingan ke 2

Kumpulan P

1. SK Batu Unjur
2. SK Teluk Gong
3. SK Pelabuhan Klang

Kumpulan Q

1. SK Methodist Pelabuhan Klang(MBS)
2. SK Kampung Pendamar
3. SK Abd. Samad

Kumpulan R

1. SK (P) Methodist Klang (MGS)
2. SJK (T) Methodist Kapar
3. SK Sungai Udang

Kumpulan S

1. SK Johan Setia
2. SK Sungai Binjai
3. SK St Anne's Convent

Keputusan Pusingan 2

1. Johan Kumpulan P :- SK Batu Unjur

2. Johan Kumpulan Q :- SK Methodist Pelabuhan Klang (MBS)

3. Johan Kumpulan R :- SK (P) Methodist Klang (MGS)

4. Johan Kumpulan S :- SK St Anne's Convent

Separuh akhir kejohanan:

1. SK (P) Methodist Klang (MGS) lwn SK Batu Unjur
- SK Batu Unjur menang 14-7

2. SK Methodist Pelabuhan lwn SK St Anne's Convent
- MBS menang 13 - 4

Pada pertandingan akhir, perlawanan yang sengit diantara MBS dan SK Batu Unjur. Kedua-dua pasukan mempunyai GS yang tinggi lampai (163 cm (MBS)). Jaringan berbalas jaringan sehinggalah MBS ketinggalan 6-10 dengan masa berbaki kurang 3 minit. Dengan semangat juang yang
kental, MBS mengejar sehinggalah mata 10-10. Pada ketika ini wisel penamat berbunyi.

Kedua-dua pasukan diberikan masa rehat 5 minit. Pada ketika ini suasana yang sangat tegang
terasa. Pemain-pemain menitiskan air mata kerana tekanan. (terlebih buat latihan mental kot haha)

Selepas berakhir 5minit, 3 passing dari centre pass dilakukan. Dengan semangat juang yang
berkobar-kobar MBS berjaya membuat jaringan 3-0 dan seterusnya memenangi pertandingan
ini. Tahniah dan syabas anak-anakku. 4 bulan latihan tidak disia-siakan (naik gelap kulit korang)

5 comments:

  1. tahniah dan syabas..
    bangga saya sebagai bekas pelajar srk methodist port klang

    ReplyDelete
  2. Syabas Cikgu & Anak murid...ex-MBS 1979-1984

    ReplyDelete
  3. huh..congrat..bangge sy membace..hehe..
    walo pn x main s'kali..kihkih..
    moge mbs trus maju..
    chayok2..

    ReplyDelete
  4. http://methodistpelabuhanklang.blogspot.com/

    ReplyDelete