Sunday, February 28, 2010

BLOGSPOT BARU

Kami berpindah ke blog yang baru...

skmpk-sukan.blogspot.com

tq

Friday, August 7, 2009

Bagaimana berlari lebih laju



Latihan Untuk Pelari Pecut

Secara Am

Kebiasaannya, pelari pecut adalah dilahirkan, tetapi latihan kerap perlu dilakukan untuk menyerlahkan ‘in-born quality’ ini.

Latihan pecut memerlukan konsentrasi pada perkara-perkara berikut:

a. Kekuatan (beban dan pliometrik)

b. Fleksibiliti

c. Panjang langkah(stride length) dan kadar kelajuan langkah(stride rate)

d. Pecutan

e. Teknik (gaya badan, relaksasi, drill)

f. Kelajuan

g. Daya tahan kelajuan

h. Masa reaksi dan starting

i. Daya tahan aerobik/ tempo (pada hari-hari masa pemulihan)

Setiap latihan memerlukan beberapa yang di atas tetapi dalam kombinasi yang betul. Contohnya, gerak kerja kelajuan atau teknik harus dilakukan sebelum aerobik stamina atau daya tahan kelajuan. Tubuh badan haruslah segar untuk melakukan gerak kerja kelajuan atau teknik.


Latihan kelajuan, daya tahan kelajuan dan tempo

Dalam pecutan 100m, alaktik (tanpa lactate) atau sistem tenaga phosphate membekalkan 70% daripada jumlah tenaga tetapi dalam usaha maksimum didalam 45 saat pembekalan phosphate hanyalah sekitar 10% berbanding 60% anaerobik glukosis (tanpa lactate). Penghasilan laktik boleh diminimakan dengan melakukan banyak latihan pecutan kurang daripada 7 saat.

Memandangkan pecutan adalah acara yang menggunakan sistem anaerobik glikosis dan alaktik, latihan selalunya termasuk larian kelajuan 60m atau kurang.

Satu aras tinggi kondisi anaerobik akan dapat menghasilkan daya tahan kelajuan dan toleransi terhadap asidosis. Beberapa kaedah efektif unuk membina sistem anaerobik ialah:

- Pickup Sprints

- Hollow Sprints

- Interval Sprints



Banyak lagi termasuk latihan bagi setiap konsentrasi yang di atas, termasuk jadual periodisasinya....

Best jadi jurulatih ni, dapat memperlihatkan sejauh mana kemampuan. Rasa macam dah penat, x lama lagi berhenti r jadi coach, terlampau banyak rintangan. Sekolah kalau support x pa.
Antara pencapaian saya setakat ni:

1. Hoki (P) Bwh12 2001
- Johan 7 side milo Klang 2001
- Naib Johan Klang
- Naib Johan MSSD Selangor
Olahraga x ingat da pingat apa. Tiap2 tahun ada.
2. Bola Sepak Bwh12 2002
- no4 2002 (patutnya johan tahun 2, terlampau banyak kontroversi. Lawan tempat ke3/4 kitorang main jaringkan gol sendiri, 6-0 haha, lawak betul. Boikot majlis penyampaian hadiah, ram kereta kuat- kuat. Kena buat surat tunjuk sebab. Kecoh kejap, masa 2 Cik Rohani(Pn Hajjah skrg) marah betul, tapi kalau la dia tau betapa teruknya bebudak 2 train, (setahun ikut jadual wo jgn memain) mungkin dia akan paham. Cuti pun terpaksa dikorbankan. Baru la tau bolasepak klang ni terlalu banyak 'OTAI-OTAI' yang kononnya terer.(cakap ja pandai) Terus x ada smangat
3. Olahraga ja, banyak pingat tapi x ingat sampai r 2005.
4. Olahraga 2005- Emas 100m n 200m (P) bwh 12.
Johan (P) KATMO Olahraga.

5. Badminton 2005- ke3 Badminton (P) Klang.
Olahraga 2005 - Johan (P) KATMO.
6. Olahraga 2006- Emas 100m n 200m (P) bwh 11
Emas 4x100m n 4x200m (P) bwh 11
Emas lontar peluru (P) bwh 11.
Gangsa lompat jauh (P) bwh 12
Atlit 100m (Adlina Abd Wahab) menjadi Johan 100m, 200m, 4x100m dan 4x200m MSSSelangor 2006.
Johan (P) bwh 12 daerah Klang.

7. Badminton 2006- Johan (P) Klang
8. Badminton 2007- Johan (P) Klang, tp budak ni dah mula main dgn nusa mahsuri, x bole nak claim jd coach sgt, masa dia drjh 4 (ke3) ja yg bole bangga ckit. Adlina ingat target k, UBER 2015. (skrg kat SSBJ dah)

9. 2008 zaman2 kejatuhan hehe.

10. Olahraga 2009 - 200m(P) bwh 11 perak ja. Bebudak pelapis x ada, elisha ja yang sempat aku latih.
- KATMO olahraga, baru nak mula balik pelapis2.
Keempat lelaki keseluruhan.
- Emas lontar peluru lelaki
- Emas lontar peluru perempuan.
- Perak 50m berpagar.
- Gangsa lontar peluru lelaki.

11. Bola Jaring 2009
Bawah 12 x menjadi sebab bebudak yang main semua budak drjh 5, tahun depan r kitorang final hahaha. Lagi pun aku x da masa lawan, temankan isteri kesygn check up fibroid kat HTAR. Da susut sikit dari 6x9cm.
- KATMO bola jaring .We are the champion, johan klang 2009.

12. Olahraga 2010 Klang, kami akan jadi Johan bwh10 n MSSD Klang.. beware...

Saturday, August 1, 2009

KATMO Ragbi MSSD Klang 2009

Pasukan sekolah telah menjadi naib johan bagi tahun ini. Tahniah kepada pasukan sekolah. Kearah mencapai sasaran untuk menjadi kuasa sukan daerah Klang 2010.

Pencapaian KATMO tahun ini:

Johan Bola Jaring
Naib Johan Ragbi
Keempat Olahraga (Lelaki)

Syabas....

Monday, July 27, 2009

KATMO Bola Jaring MSSD Klang 2009


Johan Klang bagi 2009. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Friday, July 24, 2009

Perjalanan SK Methodist P Klang (MBS) sepanjang pertandingan KATMO bola jaring 2009.

Sebanyak hampir 40 sekolah mengambil bahagian. Semua sekolah dibahagikan kepada 6 kum.
Kumpulan A - F. MBS berada di dalam kumpulan F bersama 5 pasukan sekolah lain.
MBS menjadi johan kumpulan F dan seterusnya mara ke pusingan ke 2.

Pasukan layak ke pusingan ke 2

Kumpulan P

1. SK Batu Unjur
2. SK Teluk Gong
3. SK Pelabuhan Klang

Kumpulan Q

1. SK Methodist Pelabuhan Klang(MBS)
2. SK Kampung Pendamar
3. SK Abd. Samad

Kumpulan R

1. SK (P) Methodist Klang (MGS)
2. SJK (T) Methodist Kapar
3. SK Sungai Udang

Kumpulan S

1. SK Johan Setia
2. SK Sungai Binjai
3. SK St Anne's Convent

Keputusan Pusingan 2

1. Johan Kumpulan P :- SK Batu Unjur

2. Johan Kumpulan Q :- SK Methodist Pelabuhan Klang (MBS)

3. Johan Kumpulan R :- SK (P) Methodist Klang (MGS)

4. Johan Kumpulan S :- SK St Anne's Convent

Separuh akhir kejohanan:

1. SK (P) Methodist Klang (MGS) lwn SK Batu Unjur
- SK Batu Unjur menang 14-7

2. SK Methodist Pelabuhan lwn SK St Anne's Convent
- MBS menang 13 - 4

Pada pertandingan akhir, perlawanan yang sengit diantara MBS dan SK Batu Unjur. Kedua-dua pasukan mempunyai GS yang tinggi lampai (163 cm (MBS)). Jaringan berbalas jaringan sehinggalah MBS ketinggalan 6-10 dengan masa berbaki kurang 3 minit. Dengan semangat juang yang
kental, MBS mengejar sehinggalah mata 10-10. Pada ketika ini wisel penamat berbunyi.

Kedua-dua pasukan diberikan masa rehat 5 minit. Pada ketika ini suasana yang sangat tegang
terasa. Pemain-pemain menitiskan air mata kerana tekanan. (terlebih buat latihan mental kot haha)

Selepas berakhir 5minit, 3 passing dari centre pass dilakukan. Dengan semangat juang yang
berkobar-kobar MBS berjaya membuat jaringan 3-0 dan seterusnya memenangi pertandingan
ini. Tahniah dan syabas anak-anakku. 4 bulan latihan tidak disia-siakan (naik gelap kulit korang)

Thursday, July 23, 2009

KATMO Olahraga MSSD Klang 2009

Diadakan pada 20 Julai 2009, bermula 8.00am hingga 5.00pm.

Pasukan sekolah telah memenangi pingat seperti berikut.

2 emas, 1 perak, 1 gangsa.
Pingat disumbangkan oleh,
Emas lontar peluru lelaki - Lukman Hakim b Azman
Emas lontar peluru perempuan - Nor Hashimah bt Mohd Shahril
Perak 50 m lari berpagar - Mohd Hafizuddin b Rahman
Gangsa lontar peluru lelaki - Mohd Shukri b Husain

Keseluruhan lelaki tempat keempat.